Jun 09
25
Gelinya Ular
Sabtu yang lalu aku lepak di Old Town sementara air-cond kereta aku di servis. Semasa aku minum dan lepak-lepak tu. Aku terpandang seorg mamat membawa gelang hidup dilengannya. Aku amati tangan mamat tu, rupenya ular sawa kecil berbelit ditangannya.
Sambil2 minum tu dok perhatikan je la mamat tu. Dia letak ular tu di kerusi dan ular tu pun menjalar-jalar le kat situ. Setelah lama aku di situ, aku lepak-lepak sambil berborak-borak dengan kakak aku. Kakak aku nie jenis peramah, dia tegur la mamat nie. Nama mamat nie sebenarnya Ali Ibrahim merupakan ahli bina badan selangor. Beliau merupakan kawan baik kepada malek noor dan sazali samad.
Sambil-sambil berborak dgn beliau, kakak saya sempat lagi memegang ular tu. Nama ular tu dipanggil Girl-Girl. Macam nama kucing aku dalam pet society. Aku pun pegang jugak tapi tak lama sbb goli den.
Abang ali nie memiliki gym nye sendiri di Bandar Baru Ampang. Gym tersebut bernama Star Gym nie mempunyai ahli seramai 5000 orang dengan bayaran bulanan RM50 sebulan beserta yuran seumaur hidup RM100. Semasa beliau bercerita, otak aku dah pk kelain, kalau buat business gym pun lumayan. Bayangkan 5000 ahli dgn RM50 sebulan. Pergh tak ke dapat rm250K sebulan. Tapi tidak semudah itu hendak membina business nie sbb kita perlu ada kepakaran dalam bidang gym nie.
Mari lihat gambar aku bersama ‘Girl-Girl’

Girl-girl si ular sawa
Untuk pengetahuan korang semua, bulan nie aku cuti dari business internet coz aku nk tumpukan pada kerja aku kat opis. Maklum la aku akan berpindah di tempat kerja baru di mimos. So, aku kena pindah kan semua knowledge yang aku ada kepada anak-anak buah aku di tempat kerja aku sekarang nie. Aku cuma update blog aku nie je la.. untuk meluahkan rase hati atau idea2 yang nak dikongsi nanti.
Sambil2 tu iklan sekejap.. sape2 nak buat portal/website atau kedai online or logo leh le contact aku.. kawan aku yang akan buat kan.. nie cth kedai online http://www.digitalsbazaar.com.. ok la aku kene start keje dah nie..
Popularity: 24% [?]

