Jom Makan – WADIHANA Islamic Steakhouse

Rita NM January 16, 2014 1



WISH

Assalammu’alaikum..

Last update post.. bulan november.. punya la bersawang blog nie.. Segmen baru blog aku ‘JOM MAKAN’.  Kali ini setiap kali pi makan aku akan post di blog. Tujuan untuk promote restoran/gerai tersebut apa salahnya membantu mereka. Jom kita…

Aku kalau berpuasa aku suka skodeng-skodeng blog pasal makan. Terjumpalah satu blog makan yang menceritakan perihal WADIHANA Islamic Steakhouse. Tengok macam menarik. Aku pun mesej akak  aku cakap tak yah masak kite makan kat luar.

Balik dari kerja lepas buka puasa dan bersolat maghrib. Aku dan akak aku pun pergi ke WADIHANA Islamic Steakhouse cawangan setapak sebab yang tu paling hampir dengan kiteorang.

WISH

Wadihana Islamic Steakhouse

Menu-menu WISH

Menu-menu WISH

Waktu Operasi WISH

Waktu Operasi WISH

 

Jom tengok apa yang kiteorang pesan..

WISH Lemonade (RM 6.90)

WISH Lemonade (RM 6.90)

Air WISH Lemonade nie memang super best… manis dan masam bersatu..

Appetizer WISH - Tomato Brushetta (RM 6.50)

Appetizer WISH – Tomato Brushetta (RM 6.50)

Appetizernya memang membuka selera.. sekali makan nak lagi..

Grilled Rib Eye Steak (RM28.90)

Grilled Rib Eye Steak (RM28.90)

Lengkapkan nutrisi steak nie.. sayur stim dan jagung bakar. Ada pulak kentang bakar letak sour cream di atasnya.. sos bagi steak nie ada 5.. antaranya black paper, mushroom, apple bbq, dan lemon . Itu yang nie aku ambik black paper sauce..

Sago Gula Melaka (RM 8.90)

Sago Gula Melaka (RM 8.90)

Dessert sago gula melaka… nie macam biasa je cuma letak ais krim dan daun pudina di atas sago tu.. tu yang jadi sedap..

Panna Cotta (RM7.90)

Panna Cotta (RM7.90)

Panna cotta nie akak aku yang makan.. ade le cubit sikit tapi sedap..

Korang mesti nak tahu kat  mana kan.. ini alamatnya:

WISH (Wadihana Islamic Steakhouse)
G-36, PV128 Jalan Genting Klang Setapak
53300 Kuala Lumpur.

Ok.. di mana kawansannya tu.. cari je Festival Mall dan Hospital Columbus danau kota.. jumpa lah PV128.. betul2 bersebelahan hospital…

Sebelum balik kiteorang bawak balik pizza.. tapi bukan untuk aku makan lah. untuk anak2 buah aku di rumah..

Pizza BBQ Beef (RM 23.60)

Pizza BBQ Beef (RM 23.60)

 

WISH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...