Adempiere – Open Source

Pernahkah anda mendengar Perisian Adempiere? Saya pun pertama kali mendengar perisian ini apabila project manager saya meminta saya dan rakan pembangun yang lain mengkaji perisian ini. Selama beberapa hari mengkaji saya masih tidak jelas apa sebenarnya perisian ini. Sehinggalah pihak management syarikat saya telah menghantar saya dan rakan saya menghadiri kursus adempiere ini di UTM, Skudai pada 28 April – 30 April.

10 days to become a professional

10 days to become a professional

Di dalam kursus ini, kami diberi pendedahan dalam pengunaan perisian open source (sumber terbuka) melalui sourceforge. Adempiere merupakan salah satu perisian open source yang telah dibangunkan oleh pelbagai pembangun diseluruh dunia. Mereka berkongsi idea untuk menaiktarafkan perisian adempiere ini. Pelopor bagi Adempiere ini merupakan rakyat malaysia dengan nickname red1. Adempiere merupakan Enterprise Resource Planning (ERP) yang mengurus dan mengkordinasikan sumber, maklumat dan fungsi perniagaan dari penyimpanan data yang dikongsi. Maknanya kita boleh mengubah sistem ERP ini mengikut organisasi.

Aku bersama banner Open Source ERP

Aku bersama banner Open Source ERP

Dalam Adempiere, kita boleh mencipta ERP yang kita kehendaki. Antaranya:

  1. Human Resource
  2. Payroll
  3. Point of  Sale
  4. Procurement
  5. Financial
  6. Etc

Kita tidak perlu membayar perisian ini, ianya percuma dan kita boleh mengubah source codenya mengikut citarasa sendiri. Tapi dengan syarat, anda tidak boleh mengubah GPLnya.

Dari sudut business, kita boleh menyediakan servis ERP kepada mereka yang ingin menggunakannya sebagai penyimpan maklumat organisasi. Adempiere sesuai untuk yang bukan pembangun. Less Code, Less Bugs..

Maklumat lanjut, boleh ke website adempiere.

P.S: Tengah berangan-angan nak buat business nie..

Popularity: 28% [?]

Bookmark artikel ini jika best:
  • Digg
  • StumbleUpon
  • LinkedIn
  • del.icio.us
  • MySpace
  • Ping.fm

Tags: ,

1 Response to "Adempiere – Open Source"

  • azwan says:
Leave a Comment