Oct 11
22
Bagaimana nak tarik trafik ke laman blog?
Sudah ramai yang memperkatakan tentang blogging yang boleh memberikan pendapatan pasif kepada blogger (Penulis blog). Memang tidak dinafikan ramai di luar sana telah pun menjana beribu-ribu ringgit hanya dengan blogging. Ada yang menjadikan blogging ini sebagai pendapatan utama dan ada yang menjadikannya sebagai pendapatan tambahan. Salah seorang yang berjaya dalam bidang blogging ini ialah Redmummy. Walaupun mempunyai pekerjaan tetap, tetapi beliau berjaya menjadikan blog beliau sebagai sumber pendapatan kedua disamping memberi maklumat-maklumat berguna kepada pembacanya.
Tapi AWAS! berblog sahaja tanpa pembaca, tanpa pengunjung tidak berguna. Jika tiada pengunjung tiadalah pendapatan. Jadi, bagaimana nak dapatkan pengunjung? atau dengan kata lainnya bagaimana nak tarik trafik ke blog kita?

Saya boleh memberikan tip-tip yang mudah tapi amat berguna untuk menarik pengunjung. Mungkin ada yang sudah tahu dengan tip-tip ini.
- Indexkan blog yang baru disetup menggunakan freesubmission. Untuk diindex ke enjin carian. Biasanya masa yang diambil untuk diindexkan ke dalam enjin pencari dalam lingkungan 48 jam hingga 2 minggu.
- Indexkan artikel yang terbaru dengan menggunakan ping. Boleh guna ping-o-matic. Setiap kali kita hantar artikel terkini, kita perlu memberitahu enjin carian.
- Gunakan kata kunci yang popular untuk memudahkan diindex dengan cepat.
- Gunakan social bookmarking. Boleh baca semula artikel saya di link ini.
- Tinggalkan jejak link blog dengan melawat blog-blog orang lain. Caranya dengan memberi komen di dalam ruang komen, shoutbox.
- Kemaskini blog selang 1 hari. Ini kerana enjin pencari gemar dengan blog-blog yang terkini.
- Pos artikel di blog dengan artikel yang sensasi atau isu-isu semasa.
- Gunakan pemasaran viral facebook. Gunakan kaedah like. Klik link ini untuk mengetahui caranya.
Popularity: 2% [?]

