Tentang saya
Nama saya Rita Noremi. Di dalam perniagaan internet seringkali saya menggunakan nickname ritanm, richman atau ritzemi di mana-mana forum, komen blog atau social network. Saya sudah berkecimpung di dalam perniagaan internet hampir 3 tahun.
Pada tahun pertama iaitu tahun 2007, saya mengkaji perniagaan apa yang sepatutnya saya ceburi. Dengan terjumpanya artikel yang ditulis oleh shuth (pengelola wangcyber), saya mengambil keputusan mencuba adsense sebagai pendapatan sampingan saya. Saya belajar dengan Syed ikhwan yang merupakan sifu adsense saya dan berjaya menghasilkan pendapatan dari adense.
Pada tahun 2008, saya telah menghasilkan Rahsia Tersembunyi Adsense. Di dalam ebook ini saya telah menerangkan dengan terperinci teknik dan cara menghasilkan pendapatan melalui adsense. Ebook ini sebenarnya lebih kepada pengalaman saya dan juga teknik tunjuk ajar dari syed ikhwan. Ini merupakan hasil pendapatan kedua saya selepas adsense. Tapi di suku akhir 2008, akaun saya di banned oleh goolge dan dengan semerta saya berputus asa dengannya. Pada masa itu, saya hanya tertumpu pada blogging dan affiliate sahaja. Walau bagaimanapun, affiliate tidak mendatangkan apa-apa hasil pada saya.
Sehinggalah pada 2009, saya telah terjumpa Visa Jutawan yang dicipta oleh saudara mas dino yang pakar dalam penulisan blog dan ebay. Dengan panduan dalam Visa Jutawan ini, saya berjaya memperolehi pendapatan pertama saya dari ebay. Buat masa sekarang ini saya cuba bangkit semula dengan dorongan dari Visa Jutawan yang telah membuka minda saya untuk memperkukuhkan penulisan blog dan ebay.
Apa yang pasti untuk berjaya kita perlukan FOKUS + USAHA + BERTINDAK + YAKIN + DOA = KEJAYAAN.









