Hari 1 – Universal Studio Singapore

Rita NM December 11, 2012 3



Universal Studio Singapore

Assalammu’alaikum

Cerita nie dah dikira basi, tetapi saya ingin berkongsi juga pengalaman bercuti di luar Malaysia (singapore jauh tu :P). Setelah saya sibuk bekerja inilah peluang saya berjalan-jalan menenangkan fikiran.  Saya mengikuti rombongan pejabat pada 24-25 November (Universal Studio Singapore -Legoland) yang lalu. Aktiviti kami bebas dan tidak terikat dengan aktiviti rombongan.

Kami berkumpul pada pkl 12.30 pagi di EB1, Cyberjaya dan mula berangkat pd pkl 1.00 pagi. Sepanjang perjalanan kami ke sana, kami hanya tidur di dalam bas dan sampai di R&R Gelang Patah dalam pukul 5.00 pagi. Organizer kejutkan kami pada pukul 5.45 pagi untuk bersiap, solat dan sarapan pagi. Kami mula bertolak ke singapore pada pukul 7.15 pagi dan sampai di Imegresen Malaysia  turun untuk cop passport selepas itu baru lalu di jambatan link ke 2 dan sampai di Imegresen Singapore.  Kami bawa la turun beg² untuk di scan dan cop passport sekali lagi. Oh ye.. rokok tidak boleh di bawa ke singapore ye..

Selesai sahaja urusan di Imegresen,  kami terus ke Universal Studio Singapore dan sampai dalam pukul 8.45 pagi. Organizer memberitahu kami perlu berkumpul semula jam 7.00 malam di tempat kami mula-mula berkumpul. Sementara menunggu tiket diagihkan dan pintu di buka pada jam 10 pagi, kami beramail-ramai  bersiar-siar di kawasan berdekatan. Hampir jam 9.45 pagi kami mula beratur di pintu masuk USS dengan mengunakan tiket yang telah diagihkan ketika kami bersiar-siar tadi. Masuk sahaja ke USS kami terus mendapatkan peta USS yang berada betul-betul di depan pintu masuk. Dengan peta itu, kami dapat merancang masa perjalanan kami dalam USS nie. Kami ikut kumpulan masing-masing. Saya dan kawan mengikut ke arah kiri dan yang lain ikut arah kanan. Awal2 pagi tidak ramai pengunjung dan kami tidak perlu memakan masa menunggu. Ketika masuk jam 11.30 pagi, pengunjung mula memenuhi USS dan menyebabkan barisan beratur untuk sesuatu game memakan masa yang panjang. Kalau nak dicoretkan  pengalaman di USS dalam entri ini adalah panjang, apa kata biar gambar yang bercerita.. tunggu next entri saya Hari 2 – Legoland.

Universal Studio Singapore

USS Sentosa dari jauh

Universal Studio Singapore





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...